Promosi
Menurut
Philip Kotler (2009) dalam Kotler on Marketing Edisi Bahasa Melayu, menyatakan
bahawa promosi adalah pelbagai cara untuk memberitahu, memujuk, dan
mengingatkan pengguna secara langsung mahupun tidak langsung tentang suatu
produk atau brand yang dijual. Setiap pemasar akan berusaha untuk
mengetengahkan imej produk dan menyatakan kelebihan yang ada pada produk
melalui promosi. Malah, promosi merupakan salah satu cara untuk melariskan
jualan produk melalui penjualan terus produk kepada pengguna. Syarikat Adabi
menggunakan campuran promosi seperti pengiklanan, promosi jualan, publisiti,
perhubungan awam dan jualan bersemuka.
Campuran promosi syarikat
ACISB
Pengiklanan
merupakan sebarang bentuk komunikasi tidak langsung yang dibayar oleh pihak
pengeluar atau penaja Syarikat Adabi untuk memperkenalkan, mempromosikan dan
meningkatkan jualan produk kepada pengguna melalui media massa seperti surat
khabar, majalah, radio, televisyen dan internet. Contoh bagi Syarikat Adabi,
mereka menggunakan televisyen untuk mempromosikan produk mereka iaitu pada
setiap hari di iklan siaran TV3. Seterusnya menggunakan internet dengan
menggunakan laman sesawang rasmi Adabi, akaun instagram Adabi, akaun twitter
Adabi dan akaun facebook Adabi bertujuan untuk mempromosikan barangan produk
Adabi dan mengemas kini aktiviti kemasyarakatan yang sering dilakukan oleh
pihak Syarikat Adabi. Melalui pengiklanan televisyen juga, Syarikat Adabi
mempunyai rancangan masakan sendiri serta menaja rancangan tersebut iaitu
Adabi-Spice-Route dan rancangan tajaannya iaitu Jaguh Kampung. Pada Mac 2016,
Syarikat Adabi telah melancarkan pusat beli-belah elektronik atau e-mall yang
bertujuan memudahkan orang ramai mendapatkan lebih 100 produk keluaran syarikat
berkenaan. Terbukti, permintaan pengguna produk Adabi semakin meningkat dan
selari perkembangan teknologi sehingga hari ini.
Promosi jualan
merujuk kepada sebarang aktiviti yang menawarkan insentif atau kelonggaran
jangka pendek yang diberikan kepada pengguna akhir untuk mendorong mereka
membeli produk. Antara jenis promosi jualan yang dapat menarik pengguna untuk
membuat keputusan pembelian seperti sampel, kupon, premium, rebat, tawaran
istimewa, peraduan dan potongan harga. Syarikat Adabi selalunya membuat promosi
jualan melalui pusat beli-belah elektronik atau e-mall dan melalui aktiviti di
luar kawasan seperti baru-baru ini Syarikat Adabi menjual produknya di Pesta
Air Chenor 2017. Di Hypermarket Giant pernah mengadakan promosi untuk Cucur
Tepung Adabi dan Kicap Manis atau Masin yang bermula pada 4 Mei hingga 17 Mei
yang lalu. Syarikat Adabi juga mempromosi produk mereka melalui peraduan.
Contohnya Pertandingan Creative Caption yang diadakan pada Januari dan Februari
yang lalu. Pemenang akan memenangi hamper Adabi bernilai RM150, RM100 dan RM50.
Seterusnya
publisiti melibatkan penghebahan
mengenai sesuatu produk baharu dalam pasaran melalui siaran berita di
televisyen dan radio. Contoh publisiti ialah siaran berita, artikel, wawancara
dan sidang akhbar. Contohnya Syarikat Adabi memaklumkan kepada pengguna yang
keliru tentang Sos Tiram Adabi dan Sos Makanan Laut Adabi yang kini boleh
didapati dan diperagakan di rak runcit di pasaran. Oleh yang demikian, melalui akhbar
(Bisnes-Sinar Harian 10Mac 2017) dan laman instagram Adabi (adabi_consumer),
Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ACISB) dengan ini mengesahkan
bahawa Sos Makanan Laut Adabi adalah satu-satunya produk keluaran Bumiputera,
buatan Malaysia, sos penyediaan makanan halal berasaskan makanan laut yang
dikeluarkan dan dikilangkan oleh ACISB.
Syarikat Adabi tidak pernah mengeluarkan apa-apa sos penyediaan makanan
berasaskan makanan laut selain daripada Sos Makanan Laut Adabi. Produk keluaran
Syarikat Adabi juga iaitu Power Cat Malaysia telah berjaya memenangi Anugerah
World Branding Award, Kategori Edisi Binatang. Hal ini dikongsi oleh Syarikat
Adabi menerusi laman facebook Adabi dan keratan akhbar dari laman tersebut.
Perhubungan awam
ialah aktiviti yang dibentuk bagi mewujudkan serta mengekalkan hubungan yang
baik antara perniagaan serta mengekalkan hubungan yang baik antara perniagaan
dengan masyarakat umum termasuklah pihak-pihak berkepentingan seperti pembekal
dan kerajaan. Contohnya baru-baru ini, pada 16 Jun 2017, Takaful Ikhlas Berhad
(Takaful IKHLAS) dengan kerjasama Adabi mengadakan gotong-royong memasak dan
mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk sekitar Masjid Kampung Gombak, Kluang
dan Masjid Jamek Al-Hikmah, Kampung Setia di Rawang, Selangor. Selain itu,
Syarikat Adabi mengadakan Program Memasak Bubur Lambuk bersama Mydin pada 17
Jun 2017. Program-program tersebut telah dilaksanakan sejak lima tahun lalu
untuk mendekati masyarakat setempat dan memberi bantuan kepada golongan yang
memerlukan.
Campuran
promosi terakhir digunakan oleh Syarikat Adabi ialah jualan bersemuka. Jualan bersemuka merupakan satu kaedah penjualan
yang amat berkesan kerana pengguna boleh menyoal mengenai produk yang dijual di
samping membentuk keyakinan untuk membeli. Melalui Pesta Air Chenor 2017 yang
berlangsung selama 3 hari pada 28 Julai hingga 30 Julai 2017, Syarikat Adabi
telah membuat jualan bersemuka dengan pengguna di sekitar Pahang. Dalam acara
tersebut, Syarikat Adabi memberi pengguna merasai sendiri produk Adabi sepert
sos pasta spageti, kopi Adabi dan makanan ringan Flamitoz sebelum membelinya.
Ramai pengguna tidak melepaskan peluang untuk merasai dan membelinya dengan
harga promosi yang hanya ada pada hari tersebut sahaja.
rempah adabi ni sedap cuma cilinya kurang b ila masak gulai nampak tak menarik kurang cili harap ada perubahan supaya ramai beralih kpd adabi semula.nampak merah tu menarik.ini pandangan saya
ReplyDelete