SYARIKAT ACISB

Faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga umum Syarikat ACISB

Syarikat Adabi menentukan harga produk berasaskan beberapa faktor yang tertentu iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman merujuk kepada keputusan penentuan harga oleh pemasar. Pemasar akan menetapkan objektif penentuan harga terlebih dahulu sebelum menetapkan harga untuk barisan produk yang dihasilkan.
Antara faktor dalaman yang mempengaruhi penetapan harga produk Adabi ialah objektif pemasaran. Penetapan harga ini bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan yang diperoleh Syarikat Adabi.  Harga yang tinggi ditetapkan bertujuan untuk menampung kos yang telah dibelanjakan ketika pemprosesan produk Adabi seperti perencah, campuran tepung, serbuk kari dan sebagainya yang banyak mendapat sambutan yang hangat daripada pembeli yang setia. Menurut sumber dari surat khabar Sinar Harian bahagian Bisnes, Syarikat Adabi menjangkakan peningkatan 5 hingga 10 peratus jualan produk Adabi pada tahun 2016 kerana Syarikat Adabi telah Berjaya mencapai jualan sebanyak RM 200 juta pada tahun sebelumnya.
Seterusnya, bagi strategi campuran pemasaran harga produk syarikat adabi merupakan elemen yang penting. Harga yang ditawarkan haruslah merangkumi reka bentuk produk, bentuk pengedaran dan jenis promosi. Syarikat Adabi mengambil kira semua aspek tersebut sebelum harga ditetapkan untuk menembusi pasaran tempatan. Selain itu, bagi kos pengeluaran Syarikat Adabi meletakkan harga yang berpatutan kepada produk keluarannya dengan meliputi kos tetap dan kos berubah sebelum menetapkan harga produknya yang akan dijual. Pada masa yang sama, kaedah yang digunakan dapat menghasilkan pulangan yang setimpal dengan usaha yang telah dijalankan. Syarikat Adabi juga menanggung sebarang risiko daripada tindakan yang dilakukan oleh pihak mereka. Jika Syarikat Adabi menggunakan kos yang rendah maka, harga produk akan menjadi rendah.
Seterusnya faktor luaran yang merujuk kepada faktor keputusan penetapan harga produk berdasarkan keadaan persekitaran perniagaan, jumlah permintaan dalam pasaran dan desakan serta tekanan persaingan. Faktor luaran yang mempengaruhi penetapan harga Syarikat Adabi ialah pasaran dan permintaan. Penetapan harga pasaran dan permintaan juga bergantung kepada jenis pasaran produk yang dipasarkan. Jenis pasaran yang digunakan oleh pemasar ialah pasaran persaingan sempurna. Dalam pasaran ini, syarikat bersaing dengan sempurna tanpa berlaku sebarang penindasan atau diskriminasi harga produk. Harga setiap produk dalam pasaran ini adalah sama kerana produk yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri dan kegunaan yang hampir sama. Harga produk tidak boleh dinaikkan dengan sewenang-wenangnya. Oleh yang demikian, Syarikat Adabi mengenakan harga mengikut harga pasaran dan sering dengan harga produk persaingan lain. Rajah dibawah menunjukkan perbandingan harga beberapa jenis produk Adabi dengan produk syarikat lain.


Comments

Popular posts from this blog