Posts

Promosi Menurut Philip Kotler (2009) dalam Kotler on Marketing Edisi Bahasa Melayu, menyatakan bahawa promosi adalah pelbagai cara untuk memberitahu, memujuk, dan mengingatkan pengguna secara langsung mahupun tidak langsung tentang suatu produk atau brand yang dijual. Setiap pemasar akan berusaha untuk mengetengahkan imej produk dan menyatakan kelebihan yang ada pada produk melalui promosi. Malah, promosi merupakan salah satu cara untuk melariskan jualan produk melalui penjualan terus produk kepada pengguna. Syarikat Adabi menggunakan campuran promosi seperti pengiklanan, promosi jualan, publisiti, perhubungan awam dan jualan bersemuka. Campuran promosi syarikat ACISB Pengiklanan merupakan sebarang bentuk komunikasi tidak langsung yang dibayar oleh pihak pengeluar atau penaja Syarikat Adabi untuk memperkenalkan, mempromosikan dan meningkatkan jualan produk kepada pengguna melalui media massa seperti surat khabar, majalah, radio, televisyen dan internet. Contoh bagi Syarikat Ada...

SYARIKAT ACISB

Faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga umum Syarikat ACISB Syarikat Adabi menentukan harga produk berasaskan beberapa faktor yang tertentu iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman merujuk kepada keputusan penentuan harga oleh pemasar. Pemasar akan menetapkan objektif penentuan harga terlebih dahulu sebelum menetapkan harga untuk barisan produk yang dihasilkan. Antara faktor dalaman yang mempengaruhi penetapan harga produk Adabi ialah objektif pemasaran. Penetapan harga ini bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan yang diperoleh Syarikat Adabi.  Harga yang tinggi ditetapkan bertujuan untuk menampung kos yang telah dibelanjakan ketika pemprosesan produk Adabi seperti perencah, campuran tepung, serbuk kari dan sebagainya yang banyak mendapat sambutan yang hangat daripada pembeli yang setia. Menurut sumber dari surat khabar Sinar Harian bahagian Bisnes, Syarikat Adabi menjangkakan peningkatan 5 hingga 10 peratus jualan produk Adabi pada tahun 2016 kerana S...