Posts

Showing posts from October, 2015

SYARIKAT ACISB

Faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga umum Syarikat ACISB Syarikat Adabi menentukan harga produk berasaskan beberapa faktor yang tertentu iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman merujuk kepada keputusan penentuan harga oleh pemasar. Pemasar akan menetapkan objektif penentuan harga terlebih dahulu sebelum menetapkan harga untuk barisan produk yang dihasilkan. Antara faktor dalaman yang mempengaruhi penetapan harga produk Adabi ialah objektif pemasaran. Penetapan harga ini bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan yang diperoleh Syarikat Adabi.  Harga yang tinggi ditetapkan bertujuan untuk menampung kos yang telah dibelanjakan ketika pemprosesan produk Adabi seperti perencah, campuran tepung, serbuk kari dan sebagainya yang banyak mendapat sambutan yang hangat daripada pembeli yang setia. Menurut sumber dari surat khabar Sinar Harian bahagian Bisnes, Syarikat Adabi menjangkakan peningkatan 5 hingga 10 peratus jualan produk Adabi pada tahun 2016 kerana S...